Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah menjadi nama pilihan yang diberikan kepada cahaya mata tersebut.

Nama puteri Juliana itu dikongsi oleh abang iparnya, Tengku Salehuddin Ismail Shah menerusi laman Instagramnya.

“Alhamdulillah, ini anak perempuanku Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Tahniah Tengku Afeq dan Juliana Evans,” tulis Tengku Salehuddin.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Hasil perkahwinan itu, Juliana dikurniakan anak perempuan pada 13 Julai 2019. - Utusan Online