Bermula pada 17 Ogos lalu, Toko Kilat yang dibarisi lima anak muda iaitu Edwin (vokalis), Cipan (dram), Wan (bass), Toya (gitar) dan Paul (keyboard) mengadakan siri jelajah Pemacu Api Tour 2019 dengan destinasi pertama, Pulau Pinang.

Pada 24 Ogos lalu, Pemacu Api Tour 2019 singgah di Johor Bahru dan pada 14 September ini, dua hari sebelum sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September, siri jelajah Pemacu Api Tour 2019 menjadikan The Gasket Alley, Petaling Jaya, Selangor sebagai persinggahan terakhir mereka.

Untuk rekod, Toko Kilat memiliki album yang memperkenalkan single berjudul Ratu Malam kepada kalangan penggemar muzik tanah air.

Malam ini, Toko Kilat menjadi artis berkumpulan undangan segmen hiburan santai, Jom Chat yang dihoskan oleh Apak. Jadi, lontarlah soalan untuk mengetahui apakah Toko Kilat bersetuju mereka dipandang sebagai kumpulan serpihan dan mengapa Noh Salleh tidak menjadi anggota utama Toko Kilat, sebaliknya hanya terlibat dalam Pemacu Api Tour 2019 sahaja.

Seperti biasa, Jom Chat dapat ditonton secara live di Facebook Utusan Online pukul 9 malam ini. - UTUSAN ONLINE