Adeep atau nama sebenarnya, Abdul Mutalib Nahar yang sudah lama berkecimpung dalam arena muzik tanah air, juga bekerjasama rapat dengan komposer DJ Fuzz dalam menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi tanah air.

Mengorak langkah sebagai penyanyi solo, Adep menghasilkan single termasuk Gila-Gila Bola yang dibuat khas untuk Piala Dunia FIFA 2006 dan sebuah lagi single pada tahun 2013 berjudul Sebulatnya.

Perjalanan seni Adeep dilebarkan lagi dengan penyertaan beliau dalam sebuah pertandingan realiti televisyen, Gema Gegar Vaganza musim kedua.

Sesuai dengan perubahan yang dialami oleh Adeep yang lebih mendekati dendangan bersifat islamik, Gema Gegar Vaganza 2 menjadi platform untuk beliau menarik perhatian penonton dan peminat.

Malam ini, Adeep akan berkongsi cerita tentang kegiatan seninya, kerja-kerja seni yang dilakukannya serta memperkenalkan artis dibawah naungannya.

Untuk menonton Jom Chat malam ini yang disiarkan secara live, para pelayar Utusan Online perlu daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like the page dan anda akan dapat notifikasi apabila Jom Chat bersiaran secara live.

Jom Chat dihoskan oleh Apak. - UTUSAN ONLINE