Malam ini, aktres Fauziah Nawi menjadi tetamu jemputan Jom Chat yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online, berdurasi selama satu jam sahaja.

Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Ibu, merupakan orang lama yang masih terus aktif berlakon bukan sahaja di kaca televisyen tetapi juga di pentas teater dengan Sanggar Teater.

Dalam meniti usia emas, Ibu Fauziah bijak berbicara dengan anak-anak muda yang gemar berinteraksi dengan media sosial seperti facebook.

Tidak hairanlah jika dilihat Ibu Fauziah giat meluahkan apa yang dirasanya di akaun facebook peribadinya yang mana rata-rata, luahan menerusi hantarannya adalah mengenai seni dan industri seni lakon.

Malam ini, tanyalah soalan kepada seniwati yang tidak didendang ini kerana sebagai anak seni, Ibu Fauziah tidak pernah mengharapkan gelaran tetapi cukup sekadar menghargai jasa yang ditaburnya demi seni.

Daftar masuk atau login ke Facebook Utusan Online, like page dan anda akan peroleh notifikasi pada pukul 9 malam ini apabila Jom Chat bersiaran secara live bersama hos, Apak. - UTUSAN ONLINE