Tak banyak kisah peribadinya didedahkan kepada orang ramai dari awal pembabitannya dalam bidang seni sejak tahun 90-an dulu. Dia memang sengaja menyembunyikan perkara tersebut atas alasan tidak mahu orang hanya menumpukan pada kisah peribadinya semata-mata.

Sebaliknya pelakon drama Datin Wanabe ini hanya berkongsi tentang kisah kerjayanya kepada umum. Memang boring sebab orang kita memang tak suka cerita pasal kerjaya sangat kerana berminat kepada kisah dalam kain artis.

Itu yang tidak ada pada Jasmin. Wanita ini juga bukan pilihan wartawan untuk ditemu bual di majlis hiburan walaupun memiliki bakat yang hebat. Ditambah pula, rekod peribadinya yang bersih sepanjang pembabitan dalam industri berbanding artis yang ada trek kontroversi, nama Jasmin memang agak tenggelam.

Bagaimanapun, apa yang memeranjatkan apabila Jasmin bertindak berkongsi kesemua gambar yang bersifat peribadi dalam laman sosial ketika menyambut lebaran baru-baru ini. Ada wajah adik-beradik, anak-anak, sanak saudara yang tidak pernah didedahkan kepada semua.

Nampak sangat Jasmin kini sudah tidak lagi berahsia biarpun pada mulanya dia tidak sebegitu. Sejak awal tahun lagi, Jasmin sudah mula menayangkan wajah anak-anak, Rohana, Lukhman Hakim dan Ian Haziq MacQuistan.

“Barangkali Jasmin bermurah hati untuk ‘belanja’ gambar beraya bersama keluarganya tahun ini sebab dah tiga tahun berturut-turut Jasmin tiada mood nak beraya. Arwah ibu dan bapanyakan meninggal dunia selang enam bulan kemudian.

“Impak kehilangan kedua-duanya itu membuatkan dia langsung berasa kehilangan. Barangkali tahun ini, dia dah okey kot tak macam tahun-tahun lalu,” kata satu sumber yang rapat dengan aktres itu.

Mary sangat bersyukur kerana akhirnya Jasmin boleh move on selepas tiga tahun memendam perasaan dek kehilangan besar dalam hidupnya itu. Bukan mudah nak berbuat demikian, sakit menanggung kerinduan kepada mereka itu boleh buat separuh nyawa terbang. Langsung tak boleh buat apa-apa.