Suliza yang juga penyanyi terkenal era 80-an berkata kepada Utusan Online, Ismail yang memilih untuk bersekolah di rumah itu ada sebab musabab mengapa tidak menduduki peperiksaan penting tersebut.

“”Dia tak ambil tahun lepas disebabkan ada masalah masa pendaftaran dan dia pernah muat naik di ‘Instagram Story’ dahulu. Insya-Allah, kalau dia masih berminat mungkin dia akan ambil nanti.

“Doa kan Ismail berjaya di dalam bidang yang dia minati. Terima kasih atas sokongan semua dan harap dapat terus menyokong.

“Lagipun, esok dia akan keluarkan single terbaharu yang merupakan lagu ketiga sejak berada di dalam industri,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada penyanyi yang popular dengan lagu Demi Kita gagal. Instagram Ismail iaitu @ismailizzani_ juga dihujani pertanyaan peminatnya bertanyakan tentang keputusan SPM. - UTUSAN ONLINE