busking
 

Busking Bersama Buskers yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online setiap dua minggu sekali, hari Jumaat bukan sahaja segmen hiburan santai tetapi menjadi platform pilihan golongan pemuzik tempatan.

Dipentaskan di Panggung Utusan di Jalan Chan Sow Lin, dekat sini, Busking Bersama Buskers berdurasi selama satu jam, bermula pada pukul 5 petang dan dihoskan oleh Apak.

HORNBAE BRASSBAND
HORNBAE BRASSBAND 

Menurut wakil HornBae Brassband yang mesra dengan panggilan Wafri, sebagai barisan pemuzik, peluang diundang untuk beraksi atas segmen Busking Bersama Buskers di Utusan Online tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka kerana beranggapan, pemuzik atau artis arus perdana sahaja yang diberikan ruang dan peluang untuk diketengahkan.

"Kiranya kami underground scene dan bukannya artis berkumpulan komersial tetapi apabila adanya segmen Busking Bersama Buskers yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online, kami terkejut.

"Apatah lagi kami sendiri tidak menduga akan disantuni oleh Apak sendiri ketika melihat kami beraksi di salah satu majlis promosi pakej perkahwinan baru-baru ini," katanya.

Menyediakan 10 buah lagu untuk menghiburkan para penonton Busking Bersama Buskers, anda juga dijemput datang ke Panggung Utusan petang ini untuk menikmati secara empat mata, persembahan HornBae BrassBand. - UTUSAN ONLINE