Sewaktu majlis pelancaran produk Kilafit di Cheras baru-baru ini, ada seseorang dalam kalangan kawan Kila memberitahu Huzz, hari itu ada `kekasih’ Kilafairy  yang datang!

Siapakah? Apakah gerangannya si  CEO Kilafit, Hamiz Shah Mohd. Alias? Benarkah lelaki yang berusaha menjadikan impian bongsu penyanyi Rohana Jalil itu nak punya  produk sendiri, menjadi teman baharu Kilafairy? 

 

“Saya dengan Kila hanya kawan dalam perniagaan.  Saya kagum kepadanya yang bukan sahaja cantik tetapi bersemangat  mahu mempunyai produk sendiri untuk melangsingkan badan serta kaya sumber vitamin ini.

“Tahun lepas Kila bercerita mengenai hajat nak buat  produk  kesihatan mengelak penyakit, menambah tenaga dan kekuatan tulang ini dan membantunya dalam mengekalkan berat badan.

Jadi sebagai kawannya, saya  dan Asyraf Khalid sudi nak bersama-sama  menghasilkannya.

“Alhamdulillah, dengan pelaburan  agak besar oleh kami bertiga, lahirlah Kilafit dan syukur, dah dapat sambutan baik,” cerita Hamiz  yang masih single dan sedang menjadualkan  rangka promosi Kilafit  dengan dutanya Kilafairy, untuk road tour pusing Malaysia.

RAHSIA

Dalam pada itu, ibu Kilafairy, Rohana Jalil  menafikan anak gadisnya sedang bercinta setelah beberapa tahun lalu pernah digosip sebagai kekasih aktor Indonesia Hardi Hartono,
 “Dia dan Hardi berkawan baik saja.  Aku dah tanya dengan Kila, siapa di hati adik ( nama panggilan Kila di rumah)? Dia kata, tak ada. Hujung Julai ni kakaknya Shakira Edora dah nak naik pelamin. Kalau dia dah ada senang nak rancang majlisnya. Tapi apa nak buat? Kenalah tunggu kalau-kalau setahun dua lagi,” cerita Rohana yang tak paksa anak ikut pilihan orang tua.

Kilafairy  pula bila ditanya soal siapa di hati hanya tersenyum. 

Katanya , fokus sekarang karier seni dan bisnes. Tentang cinta dan kahwin, sampai masa dia izinkan Huzz tulis untuk berkongsi dengan semua. Jadi tak payahlah ada berteka teki.  

HUZZ: Tengah berusaha nak langsingkan badan walaupun selera makan dari tiga pinggan hanya tinggal  dua pinggan.