Pasangan berkenaan bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel mewah di sini pada pukul 9.50 malam.

Hanya keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak sahaja yang diundang ke majlis pernikahan mereka.

Fattah dan Fazura menjadi tumpuan media sejak dua minggu lalu selepas khabar angin pernikahan mereka diperkatakan secara meluas sejurus sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci pada minggu lalu dengan ditemani keluarga masing-masing.

Sebaik tiba dari Mekah pada Khamis lalu, Fattah dan Fazura mengadakan sidang akhbar menafikan mereka sudah bernikah.

Sebaliknya, pasangan itu hanya mengumumkan yang mereka telah melangsung pertunangan di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor. - UTUSAN ONLINE