Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fattah Amin terbit buku Inggeris pula

LIMA ribu naskhah cetakan pertama buku Fattah Amin telah habis
LIMA ribu naskhah cetakan pertama buku Fattah Amin telah habis dijual.

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Walaupun menerima kritikan hebat, naskhah 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang diterbitkan pelakon popular itu berjaya mencatat jualan memberangsangkan sehingga layak memasuki carta Best Seller MPH Book Store.

Fattah, 26, ketika berkata kepada Utusan Online, kejayaan tersebut telah memberinya idea untuk menerbitkan buku berkenaan dalam bahasa Inggeris supaya dapat dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.

“Walaupun ada segelintir pihak yang tidak bersetuju terhadap buku berkenaan tetapi saya bersyukur ramai juga yang memberi sokongan atas niat murni saya ini dalam berkongsi impian dan harapan.

“Alhamdulillah... secara tidak langsung banyak pihak yang mendapat manfaat dan inspirasi dengan membaca buku ini dan mula melihat dari sudut yang positif sekali gus memberikan kesan yang baik kepada industri kreatif serta hiburan tanah air,” katanya.

Dia juga menambah, cetakan pertama sebanyak lima ribu naskhah telah habis dijual sejak dilancarkan pada 12 Februari lalu dan kini pihaknya telah menempah cetakan kedua untuk memenuhi permintaan umum.

Dalam pada itu, mengulas lanjut penerbitan buku berkenaan dalam bahasa Inggeris, Fattah dan syarikat pengurusannya akan mempertimbangkan keputusan tersebut dengan segera memandangkan sambutan hangat yang telah diberikan peminatnya. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan