Malah, kalau diikutkan bukan sekali dua namanya dikaitkan dengan kontroversi hebat.

Sebut sahaja daripada putus tunang dan dua kali bercerai, kini yang terbaharu, primadona filem Melayu ini sekali lagi menjadi perhatian apabila berada dalam fasa ‘perang dingin’ dengan sahabatnya, Datin Seri Umie Aida dan beberapa rakan artis lain.

KLC_19062019-mingguanwanitaKUALA LUMPUR, 19 JUN 2019 - Sesi fotografi

Kemuncak perbalahan tersebut memaksa Erra membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman Instagramnya.

Tidak tahu mengklafikasikan tahap ‘kehebatan’ kontroversi yang dihadapinya ketika ini, bagi Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chik, 45, setiap dugaan yang dilaluinya itu mempunyai tahap kesusahan tersendiri.

“Susah hendak saya katakan, mungkin anda semua ada pandangan sendiri. Tetapi setiap fasa itu ada tahap kesusahannya,” tambah Erra dengan tenang.

Ditanya mengenai keadaannya selepas insiden pergaduhan dengan rakan aktres tersebut, Erra tidak mahu menafikan kejadian ini menjadi antara satu titik hitam dalam hidupnya.

“Saya tidak nafikan apa yang berlaku ini sebagai satu titik hitam dalam hidup saya. Namun saya memilih untuk maju ke hadapan dan mahu membuka lembaran baharu.

“Banyak yang saya belajar daripada apa yang berlaku sebenarnya. Semua yang berlaku itu satu pelajaran untuk diri saya, tidak kira baik atau buruk,” kongsinya.

Benar, ketika ini dia mungkin kekurangan beberapa rakan terutama sahabat baik yang satu ketika dahulu sentiasa ada bersama dalam setiap inci kehidupan.

Namun, dalam masa yang sama kehidupan yang dilalui si jelita ini tidak pernah sunyi memandangkan dia tidak keseorangan.

“Alhamdulillah, saya tidak keseorangan.

“Soal saya berduka atau tidak, biarlah saya simpan sendiri. Saya ada Allah untuk mengadu nasib,” katanya ringkas.

Sementara itu, ketika peminat di luar sana terus mewujudkan sentimen berbeza dalam memberi sokongan kepadanya. Erra dengan rendah hati meminta agar peminatnya tidak terus mewujudkan keadaan sukar buatnya.

“Tiada istilah ‘tim Erra’ atau apa-apa ‘tim’. Apa yang penting benda baik kita ikut dan benda tidak baik elakkan,” katanya yang tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut.