Menurut Hefny, 31, dia meminta agar tidak terus diasak dengan pertanyaan tentang hubungannya dengan aktres Uqasha Senrose bagi mengelakkan rasa kurang senang orang sekeliling.

“Tak naklah cerita sangat pasal kami lagi dah sebab dah terlalu banyak kisah kami dikeluarkan tahun lalu.

“Rasanya cukuplah setakat itu sahaja ceritanya. Ya, kami masih lagi berkawan, itu sahaja saya boleh cakap.

“Permulaan 2018 ini saya nak lebihkan cerita tentang kerjaya saya pula. Biar saya fokus pada karier dan insyallah tak lama lagi nak buka perniagaan kedai makan,” ujarnya kepada Utusan Online. - UTUSAN ONLINE