Pada pukul 5 petang ini, segmen Busking Bersama Buskers kembali bersama kumpulan Sonuo yang dianggotai oleh empat anak muda iaitu Adam Gideon, Aliff Redza, Ammar dan Khairul.

Bakal menghiburkan para penonton segmen hiburan dua minggu sekali, Jumaat, yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online, Sonuo menurut kata Ammar yang juga merupakan pemain gitar dan vokalis kumpulan, istilah Sonuo jika mengikut Bahasa Perancis, bermaksud bunyi.

"Sonuo Buskers memang mempunyai sasaran untuk melangkah kepada muzik arus perdana tanah air atau mainstream.

"Ini bukan kerana anggota dalam grup busking ini mempunyai pertalian darah seni dengan figura muzik tanah air tetapi memang itulah sasaran kami iaitu menembusi muzik arus perdana," ujar Ammar.

Adam Gideon yang menganggotai Sonuo Busker adalah anak saudara kepada pemain dram popular, Gary Gideon.

Sementara Aliff Redza pernah duduk di bawah label Azlan & The Typewritter dan Khairul pula pernah menjadi pemain gitar kumpulan Mafidz.

Antara 10 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh Sonuo petang ini nanti ialah Bella Luna, Kamaleng Cinta luar Biasa, Kau Yang Punya, Sonata Musim Salju dan Hajat.

Untuk menonton segmen hiburan santai petang Jumaat ini, daftar masuk atau login ke Facebook Utusan Online dan like page. Anda akan dapat notifikasi untuk tonton Busking Bersama Buskers yang dihoskan oleh Apak. - UTUSAN ONLINE