Menurut Sufian, buku bertajuk Senandika Sufian Suhaimi itu sudah 80 peratus siap dengan setakat ini memuatkan sebanyak 70 puisi.

Katanya, naskah tersebut merupakan terjemahan mengenai hal-hal berkaitan kehidupan dan bukan berkisar kisah peribadinya termasuk kontroversi putus tunang.

“Buku ini bukan pasal Sufian Suhaimi pernah bercinta atau putus tunang tetapi tentang kehidupan dan bagaimana perspektif saya mengenai aspek itu.

“Beberapa tahun kebelakangan ini banyak kejadian besar berlaku dalam hidup saya... ada yang gembira, sedih, kecewa dan setiap momen itu saya selalu terjemahkan dalam kehidupan. Apabila saya buat begitu saya rasa ada sesuatu yang boleh dikongsikan untuk bacaan orang lain,” katanya di sini.

Sufian berkata, setiap puisi dalam buku itu kebanyakannya menggunakan judul lagu-lagunya termasuk ‘terakhir 1 dan 2’, ‘di mata mu 1’, ‘harus aku 2’ dan ‘terasa ada 3’. - UTUSAN ONLINE