Bahkan pada usia yang semakin meningkat, suami kepada ahli kumpulan Elite, Linda Rafar ini sudah bersedia dengan pelbagai platform baharu untuk dia kekal relevan untuk mencari rezeki dalam dunia glamor ini. 

Menubuhkan sebuah produksi sendiri yang diberi nama Double Channel Sdn. Bhd., ia merupakan fokus baharu Syed Aiman ketika ini. 

SYED AIMAN
SYED AIMAN

“Saya tubuhkan syarikat produksi sendiri bukan bermakna saya takut untuk menghadapi situasi akan datang, tetapi ia sebagai salah satu persediaan bagi mengekalkan kerjaya dalam bidang ini. 

“Saya sedar setiap artis ada zaman masing-masing, tidak salah jika nama kita semakin tidak dipandang, namun sebagai artis mereka perlu ada cara mahu kekal.

“Buat masa ini produksi saya banyak menyalurkan bahan-bahan berbentuk majalah dan dokumentari dan ada juga beberapa drama yang telah dihasilkan untuk stesen RTM,” jelas Syed Aiman. 

Menurut pelakon Misi XX-Ray ini, dia masih menerima tawaran daripada pihak luar dan masih menjalankan aktiviti lakonan seperti biasa. 

“Pada usia begini tidak perlu rasanya saya meletakkan sebarang syarat berat untuk menerima tawaran berlakon. 

“Saya juga sebenarnya tidak kisah jika diberi watak seorang ayah. Tidak salah jika kena pada tempat dan situasinya, namun setakat ini saya belum lagi dapat watak seumpama itu,” kata Syed Aiman.

Makin bahagia

MELIHAT keadaan sukar yang dilalui oleh sahabat-sahabat dalam industri yang kini ibarat dilanda musim perceraian, Syed Aiman menyeru golongan artis agar tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi dalam media sosial. 

Menurut Syed Aiman, warganet juga tidak seharusnya terlalu mencampuri urusan peribadi artis kerana perpisahan dan kontroversi yang melanda warga seni bukan untuk dipersendakan. 

“Sebenarnya isu perceraian bukan satu yang biasa, artis juga manusia dan ramai lagi manusia di luar sana yang melalui situasi ini setiap hari. 

“Saya akui pernah melalui fasa ini dan ada kalanya komen-komen warganet begitu mencabar untuk dijawab, namun saya tidak melayannya. Saya buang komen itu dan halang mereka daripada mengikuti laman sosial saya. 

“Saya tidak akan sama sekali melayan mereka dan pada saya warganet juga tiada hak untuk menghakimi kehidupan kami secara terus,” jelas Syed Aiman. 

Selain itu, Syed Aiman turut bersyukur dengan kehidupannya yang kini semakin bahagia bersama Linda Rafar. 

“Alhamdulillah, tidak ada lebih dan kurang, perjalanan kehidupan kami berjalan seperti biasa. Masing-masing dengan kerjaya dan perniagaan masing-masing,” luahnya.

Learn to freehand visualize your ideas