Karakter penyanyi berasal dari Bangkok, Thailand ini akan tampil menerusi cabaran terbaharu permainan tersebut yang akan dilancarkan hari ini.

Ragnarok M: Enternal Love adalah permainan mudah alih percuma daripada rangkaian Ragnarok Online yang dilancarkan di Amerika Utara pada 2003.

Permainan tersebut sudah mempunyai lebih 800,000 pemain berdaftar.

LISA

Pemain boleh mencipta watak sama ada lelaki atau perempuan dengan pelbagai pilihan kelas seperti pemburu, ahli sihir dan pahlawan. Selain itu, pemain juga boleh memilih penampilan wira mereka dengan gaya dan warna rambut berbeza.

Kemudian pemain akan menyahut cabaran meneroka dunia Rune Midgard dan menyelesaikan misi pencarian.

Dengan populariti Lisa yang juga mempunyai lebih 22 juta pengikut dalam Instagram, ia dijangka bakal mencipta fenomena baharu dalam kalangan peminat permainan atas talian itu.