Menurut seniman seangkatan dengan beliau, Datuk A. Rahman Hassan, jenazah Allahyarham M. Ishak dijangka dikebumikan di negara jiran itu selepas solat Jumaat esok.

"Berita kematian M. Ishak dimaklumkan oleh anaknya kepada saya," kata A. Rahman kepada Utusan Online menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Utusan Online pada 1 Februari lalu melaporkan penghibur veteran itu dirawat di Hospital Tan Tock Seng, Singapura ekoran penyakit barah paru-paru. -  UTUSAN ONLINE