Menerusi Twitter, seorang pemilik akaun dikenali Megat Aliff memuat naik paparan skrin Instagram yang memperlihatkan pengacara program Meletop itu berkongsi beberapa babak yang dirakam dalam panggung wayang.

Pengguna Twitter itu turut menyebut akaun Twitter dua rangkaian pawagam iaitu TGV Cinema dan GSC Cinema.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan GSC, penonton tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman ketika menonton filem dalam panggung mereka.

Tidak lama kemudian, dua syarikat pawagam tersebut membalas hantaran tersebut dan berjanji akan menyiasat mengenai perkara itu.

Neelofa membuat permohonan maaf itu menerusi laman sosialnya setelah isu terbabit dibangkitkan. Dalam kenyataannya dia mengaku  perkara itu berlaku akibat rasa teruja dirinya untuk berkongsi dengan pengikut mengenai filem animasi popular tersebut.

“Sejujurnya tindakan saya itu hanyalah kerana teruja untuk menunjukkan sokongan kepada filem itu sekali gus mengajak lebih ramai rakyat Malaysia dan keluarga menontonnya.

Namun malangnya, pihak wayang GSC pula telah membawa hal ini kepada pihak Disney.