Menjelaskan kejadian tersebut, menurut Aliff, kereta itu dipandu oleh rakannya untuk bersiar-siar sebelum tiba-tiba meletup di bahagian enjin dan terbakar.

“Benar, itu kereta saya dan harganya adalah RM1.8 juta. Memang ini satu dugaan buat saya.

“Saya tidak boleh komen banyak tetapi ketika kejadian kereta itu dipandu rakan saya untuk bersiar-siar,” katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu Aliff meminta pihak pengeluar kereta Ferrari bertanggungjawab ke atas kejadian yang menyebabkan kereta mewah miliknya itu terbakar.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sebab kereta itu tidak mengalami sebarang masalah sebelum ini.

“Tetapi melalui pembacaan saya di Internet menjelaskan kejadian seperti ini sering berlaku ke atas kereta jenis itu. Jadi saya mahu pihak Ferarri menjelaskan perkara ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE