Jom Chat yang dapat ditonton secara langsung di Facebook Utusan Online dihoskan oleh Apak, berdurasi selama satu jam sahaja akan bertanya kepada Aishah tentang keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah berkaitan dengan tuntutan beliau daripada seorang usahawan kosmestik, Datuk Seri Vida.

Selain itu, hari ini, usahawan berkenaan juga dikatakan telah mengadakan satu sidang akhbar penyerahan barangan kemas dan berlian yang mana, apakah ia berkaitan dengan tuntutan Aishah.

Dalam masa yang sama, Aishah yang bakal mengadakan satu persembahan di negara jiran pada hujung minggu ini, akan memperincikan apakah persembahan beliau itu nanti merupakan satu persembahan yang biasa.

Jangan lupa untuk menonton Jom Chat dengan Aishah malam ini secara live di Facebook Utusan Online. - UTUSAN ONLINE