Kedua-duanya bersikap terbuka apabila ditanya soal hati dan perasaan. Malah, mereka tidak malu-malu lagi untuk berkongsi foto dalam laman sosial masing-masing.

Namun di sebalik kebahagiaan mereka, ada pula kisah yang kurang enak didengar. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Zahirah sendiri iaitu Zainol Macwilson, dia seolah-olah

 

tidak merestui hubungan anaknya dengan Aiman.

Memberi maklum balas tentang hal tersebut, kata Aiman tiada apa yang perlu diperbesarkan. Dia sendiri faham kata-kata yang keluar itu adalah dari hati seorang bapa yang sangat sayang akan anaknya.

“Saya faham mungkin bapa Zahirah terlalu sayang dan menjaga anaknya. Sebab itu dia bercakap begitu.

“Kami tidak ada sebarang masalah dan pernah berjumpa sebelum ini. Jadi tidak perlu saya komen tentang hal ini kerana ia sesuatu yang sangat sensitif. Saya bimbang jika apa yang dikatakan akan menimbulkan salah faham.

“Setiap bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dia mahukan anaknya disayangi oleh orang lain seperti mana dia menjaga Zahirah selama ini.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk memberi kasih sayang kepada Zahirah. Jika tidak mampu memberi lebih sekalipun, sekurang-kurangnya boleh capai sama seperti mana bapa Zahirah menyanyanginya,” ujar Aiman.

Ditanya lanjut tentang hubungan mereka dan perancangan ke fasa seterusnya, Aiman dan Zahirah sama-sama mohon agar peminat sentiasa mendoakan mereka. \

Aiman ketika ini berada di Perth, Australia bertemu ibu Zahirah, Maslinda Yusoff dan adik-adiknya.

“Janganlah buat spekulasi saya bertemu keluarga Zahirah untuk bertunang atau bernikah. Saya ke Perth dengan tujuan baik. Doakan sahaja buat kami berdua,” jawabnya ringkas.

Kedua-dua mereka bergandingan dalam drama baharu berjudul Curi Curi Cinta yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria. Drama 28 episod ini merupakan salah satu program di bawah rangkaian Astro sempena Ramadan yang mengangkat tema Sempurna Seadanya.

Dalam perkembangan lain, Aiman memberitahu sepanjang Ramadan ini dia tidak akan terlibat dalam sebarang penggambaran di lokasi kerana mahu memberi fokus pada pembikinan video yang menjadi kandungan dalam saluran Youtube miliknya sendiri.

“Saya suka sibukkan diri dengan dengan pelbagai cabaran. Daripada segala yang telah saya lalui, baik jatuh atau bangun, saya dapat belajar suatu perkara baharu.

“Dalam era ketika ini saya juga mahu menggalakkan orang ramai supaya menghasilkan kandungan digital mereka sendiri. Saya suka lakukan perkara yang saya minat,” jelas Aiman.