Afiq memuat naik foto dia bersama Aishah dan menulis kapsyen tersebut, namun tidak menyebut sebarang nama.

AFIQ MUIZ memberi amaran kepada mana-mana lelaki yang bakal menjadi adik WaWa Zainal iparnya agar be
AFIQ MUIZ memberi amaran kepada mana-mana lelaki yang bakal menjadi adik iparnya agar bersifat lebih budiman. 

Namun, status tersebut membuatkan ramai warganet membuat spekulasi dan mengaitkan sindiran itu ditujukan kepada Syafie Naswip iaitu bekas tunang adiknya.

“Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja.

“Yang dua alam dilarang sama sekali. AMARAN,” tulis Afiq.

Sebelum ini dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Syafie dan Aishah bertunang pada 7 April lalu dan putus baru-baru ini.