Tudung yang dicetak bersama ayat-ayat cinta itu dikeluarkan secara eksklusif sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“InsyaAllah selepas melancarkan koleksi busana hari raya, kami juga akan melancarkan tudung keluaran eksklusif untuk semua peminat. Mungkin dalam tempoh dua tiga minggu lagi,” katanya.

Tudung tersebut menjadi tular di laman sosial apabila Aeril menghadiahkannya kepada Wawa sempena hari lahir pelakon wanita itu.

Pasangan yang terkenal dengan video-video Bollywwod ini juga mahu memberi lebih fokus kepada perniagaan sepanjang bulan Ramadan.- UTUSAN ONLINE