Berita sedih itu dikongsikan oleh sepupu arwah, Natasha Amran dalam laman Instagram beberapa jam lalu.

Difahamkan, Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Adam yang juga anak saudara kepada pengasas Beauty Umaira, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan nama Kak Ton menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Solat jenazah akan dijalankan di Masjid Telipot sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Sementara itu, pengacara popular Neelofa yang juga sepupu kepada personaliti media sosial itu turut menzahirkan kesedihan di atas kehilangan Adam menerusi kemas kini dalam Instastory.

Adam semakin dikenali dalam dunia masakan tanah air selepas muncul dalam program masakan manisan, Hero Oven musim kedua pada tahun 2018.

Dia juga sangat popular menerusi Instagram dengan panggilan Mamajee kerana selalu berkongsi menu masakan bersama keluarga instafamous cilik terkenal Fatimah Omar Mukhlis, yang juga anak saudaranya yang tinggal di Birmingham, United Kingdom (UK). – UTUSAN ONLINE