mhe-2

Seorang peniaga Samad Ayob, sedang mengaul dodol di reruainya yang terletak di bahagian SDSI Fiesta MED di MITC Melaka.

Di sini MHE TV kongsikan sebab kenapa anda wajib singgah di reruai SDSI.

1. Menawarkan produk tempatan seperti makanan, minuman, biskut, barangan kraf dan banyak lagi.

2. Harga-harga produk tersebut dijamin membuat anda terbeliak mata dan tidak percaya dengan potongan harga istimewa yang diberikan oleh para penjual di sini.

3. Kepada anda yang dah mula nak cari biskut-biskut raya seperti tart dan biskut bangkit, kerepek, kuih muih tradisional temasuklah dodol, juga ada di sini.

mhe-3
Nurul Shuhda menunjukkan taburan cheese mozarella premium di reruainya.

4. Wahai semua penggemar pizza, inilah peluang anda merasai pizza buatan tempatan tetapi rasa dan kualitinya bertaraf antarabangsa, ada kat sini!

5. Siapa yang tercari-cari rasa asli sambal kicap Johor, tak perlu pergi jauh-jauh sebab sambal kicap tersebut juga ada di sini, dengan harga yang lebih rendah dari harga biasa.

6. Jika ada yang kepenatan, lenguh-lenguh badan dan inginkan khidmat urutan spa, semua ada di sini! Manjakan diri dengan harga potongan harga istimewa. Harga tersebut dapat di sini jer, tempat lain tak dapat tau!

7. Buat ibu-ibu yang bekerjaya tapi nak memasak tiada masa, ini alternatif anda. Pelbagai pes masakan rempah tradisional ada di sini.

8. Sesiapa yang sedang mencari barangan cenderahati dan barang hiasan kraf seperti produk daripada buluh, rotan dan sulaman, jangan rungsing sebab semuanya ada di sini!

9. Dah penat berjalan, tentulah perut lapar, kan? Jadi tak perlu fikir nak makan di mana kerana di sini terdapat lebih 10 gerai makanan yang sedap-sedap dan harganya pun berpatutan.

10. Sudahlah makanan sedap, tempat makan pun sangat selesa dan berhawa dingin. Dah kenyang perut, boleh sambung kunjungi reruai lagi.

Jadi memang rugi kalau anda tidak singgah di MITC sebab fiesta ini berlangsung sehingga Ahad ini sahaja. Jumpa anda di sana! - UTUSAN ONLINE