Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

10 artis terima anugerah sempena ulangtahun ke-48 majalah Wanita

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama individu yang pernah menghiasi kulit majalah Wanita dari tahun 1969 hingga 2017 pada Majlis Minum Petang Sempena Ulang Tahun Ke-48 Majalah Wanita hari ini

KUALA LUMPUR 10 Ogos – 10 orang artis dan selebriti popular yang pernah menghiasi muka hadapan majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) terpilih menerima anugerah dalam Majlis Minum Petang sempena ulangtahun ke-48 majalah tersebut yang berlangsung di Dewan Utusan, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, di sini hari ini.

Artis tersebut ialah Datuk Maria Menado yang menerima anugerah Cover Bintang Legenda, Puan Sri Tiara Jacquelina (The Most Appearances Cover), Puan Sri Normala Samsudin (Cover Personaliti TV) dan Noorkumalasari (Cover Artis Malar Segar).

Manakala Kavitha Kaur pula dianugerahkan penerima Cover Terlaris, Nasha Aziz (Cover Supermodel), Chef Wan dan Serina Redzuawan (Cover Pertama Lelaki) serta Neelofa dan Rozita Che Wan (Cover Zero To Hero).

Menurut Rozita Che Wan, dia berbangga apabila terpilih menerima anugerah tersebut. Lebih membanggakan, Rozita telah menghiasi muka hadapan majalah Wanita sebanyak lima keluaran.

“Saya tidak menyangka akan diberikan anugerah ini. Saya amat berterima kasih kepada editorial majalah Wanita yang sentiasa menyokong saya sejak mula pembabitan saya dalam industri bermula sebagai model sehingga menjadi pelakon dan usahawan,” ujarnya.

Selain itu, Anugerah Tokoh Wanita turut disampaikan dalam majlis yang sama. Anugerah yang julung kali diadakan ini disampaikan khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Hajah Rosmah Mansor. Pemilihan beliau atas jasa, sumbangan dan kecemerlangannya di peringkat nasional dan antarabangsa. – UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan