“Al-Kisah Kugiran MASDO 10 Tahun” cara MASDO rai peminat - Utusan Malaysia

“Al-Kisah Kugiran MASDO 10 Tahun” cara MASDO rai peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Petaling Jaya – Kugiran popular, MASDO menutup bulan Ogos yang lalu dengan mengadakan konsert ulang tahun bersejarah mereka, “Al-Kisah Kugiran MASDO 10 Tahun”, di Zepp Kuala Lumpur.

MASDO meraikan malam Merdeka tahun ini dengan peminat dengan cara yang berbeza, menerusi penganjuran konsert berkenaan.

Konsert yang dianjurkan Hitman Solutions ini bukan sahaja menerima sambutan yang cukup luar biasa daripada ribuan peminat malah malam bersejarah ini mencipta kenangan baharu kepada perjalanan 10 tahun MASDO.

Kugiran yang popular dengan lagu bertemakan era ‘pop-yeh-yeh ini membuka tirai dengan lagu “Teruna & Dara”, sebelum diikuti dengan lagu seperti “Janji Manis”, “Dinda” dan “Ratu Hati”.

Tidak hanya itu, MASDO juga memastikan setiap lagu yang dibawakan mereka mendapat sentuhan khas bagi menambat hati para peminat mereka.

Dalam pada itiu, ketiga-tiga anggota MASDO, Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan pada malam itu dan menganggap ini adalah satu memori istimewa yang akan dikenang mereka selamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN