Memang tahap luar biasa betul pemikiran pelakon dan pempengaruh berkulit putih gebu yang seorang ini.
Siapa lagi kalau bukan Fara Mendoza. Rasanya, dah lama tak dengar si dia ini tampil dengan isu kontroversi. Ingatkan sudah insaf, sudah banyak berubah sikap. Iyalah, orang kata, seiring dengan kematangan usia.
Tetapi, nampaknya telahan kita semua salah. Fara tidak mahu berganjak dengan dunia kontroversi dan kali ini, dia sudah bikin alam maya kecoh dengan video tayang bahagian kemaluannya di Instagram Story (igs) yang kemudiannya telah menuai bualan ramai di media sosial.
Masakan tidak, ini bukan tayang seluar dalam dah. Ini tahap memang tunjuk bahagian atas kemaluannya sendiri. Sebab itu, Cik Bunga cakap dia ini memang sudah ‘level’ lain dah. Tahap pemikiran di luar nalar akhlak seorang manusia beragama.
Maaf, Cik Bunga terpaksa cakap tindakan si artis ini seakan orang yang tiada agama. Malah, agaknya, Mat Salleh pun tak berperangai begini kalau iya pun nak mempromosikan rawatan buang bulu di bahagian sulit.
Tak cukup tayang ketiak, bahagian dada, agaknya bahagian sulit di bawah, yang sepatutnya menjadi kehormatan seorang wanita, itu telah menjadi senjata terakhir Fara Mendoza untuk meraih semula populariti di Internet.
Soalan Cik Bunga, kenapa sampai begitu sekali? Sudah tidak ada modal lainkah yang Fara boleh lakukan kalau pun populariti murahan yang menjadi sasaran hidupnya?
Memang Cik Bunga tak faham. Rendah betul maruah Fara Mendoza sehingga tergamak guna taktik ini jika benar dirinya sudah sendu atau dahagakan perhatian warganet.
Biar apa pun alasannya, bagi Cik Bunga, jangan sampai begitu sekali kita letak diri kita sebagai wanita di mata orang umum.
Setahu Cik Bunga, Fara masih mempunyai akal waras dan sihat, mengapa tidak gunakan akal yang sihat itu sebaiknya untuk berfikir mana yang molek, mana yang tidak.
Hilang rasa hormat padanya? Rasanya ramai sudah boleh fikir, di mana lagi rasa hormat perlu diberikan kepada artis seperti ini.