Sudah-sudahlah ejek warna kulit saya - Haneesya Hanee - Utusan Malaysia

Sudah-sudahlah ejek warna kulit saya – Haneesya Hanee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seakan tidak adil, sejak dari awal kemunculannya dalam industri seni hiburan, begitu ramai kalangan warganet yang meletakkan diri mereka dalam kategori para pembenci, menghamburkan kata keji kepada pelakon ini.

Paling sering adalah berkenaan warna kulit dirinya yang gelap, tidak seperti kebanyakan warna kulit perempuan Melayu tulen lain.

Bahkan, ada yang sehingga melabel dan mengejek Haneesya Hanee sebagai wanita berkulit hitam yang kononnya kelihatan jelik di mata mereka.

Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa Haneesya menjadi sasaran ramai apabila lakonanya sebagai perempuan kampung bernama Dahlia dalam drama Dia Imamku dihujani dengan kutukan negatif.

Kononnya, Haneesya tidak layak memainkan watak itu kerana wajahnya tidak seperti wanita Melayu tulen dan tawaran itu sepatutnya diberikan kepada pelakon lain.

Sebegitu jelikkah Haneesya sehingga kepercayaan pengarah dan penerbit terhadap bakat lakonannya dipersoalkan ramai? Hanya gara-gara warna kulit?

Luahan Haneesya Pancaindera paparkan untuk Jawablah kali ini.
—————————————————————————

J: Baru-baru ini, teruk juga Haneesya mendapat kritikan dan cemuhan golongan pembenci di alam maya gara-gara rezeki melakonkan watak Dahlia dalam drama itu. Apakah hal itu menyebalkan awak?

H: Orang bercakap pasal saya ini memang banyaklah. Paling banyak dan tidak sudah-sudah adalah kerana saya ini berkulit hitam. Sampaikan saya pegang watak Dahlia itu pun dikecam kerana isu yang sama. Kadang-kadang, saya pun bosan kerana balik-balik isu yang sama. Tetapi macam mana saya nak hentikan orang daripada bercakap jika mereka tetap mahu ‘menyerang’ saya dengan isu ini?

J: Haneesya sendiri tidak berasa hairankah kenapa agaknya orang asyik nak cari pasal dengan awak menggunakan isu warna kulit sejak dari dahulu?

H: Sudah tentu saya pun hairan. Bukanlah saya nak kata apa, tetapi cubalah mereka ini cakap pasal perkara lain berbanding hal ini. Cuba cakap pasal kehidupan, hubungan percintaan saya ke, atau apa sahajalah yang lain. Ini tidak, balik-balik cari pasal dengan memaki dan menghina saya pasal warna kulit hitam. Tak ada benda lainkah mereka mahu perkatakan?

J: Tidakkah Haneesya terfikir bahawa segala tindakan mereka itu adalah satu usaha untuk segelintir pihak menjatuhkan atau menghalang awak daripada mencari rezeki dalam bidang seni ini?

H: Saya pun tidak tahu. Kalau nak suruh saya terasa atau tersinggung dengan perkara ini, maaflah, saya pun sudah imun. Ya, aku ini hitam, jadi apa lagi? Sudah-sudahlah itu. Sekarang tahu tak saya rasa apa? Lebih kepada perasaan menjengkelkan. Sebab, mereka kata saya berkulit gelap, hitam. Tetapi bukan saya seorang sahaja yang begitu di Malaysia ini. Baru-baru ini, ada netizen mengata saya di ruanga komen, saya buka dan teliti profilnya. Nak tahu? Dia pun rupanya berkulit gelap. Saya rasa sedih sebab dia ada anak-anak, juga berkulit gelap. Rasa hairan pun iya kerana dia mengata saya tetapi tak lihat pada diri sendiri, atau keliling. Ramai sahaja begitu di media sosial.

J: Tetapi kalau dikaitkan dengan watak Dahlia, jika memang sudah acuan wataknya itu begitu, sepatutnya penonton atau netizen fahamilah, betul tak?

H: Betul. Kadangkala ada penonton kita ini dia tidak pandai bezakan antara watak di kaca televisyen dengan dunia realiti. Dahlia adalah watak yang saya lakonkan di kaca tv, saya di dunia sebenar adalah berbeza. Contoh, macam hari raya baru-baru ini, saya buat video Tik Tok bersama keluarga besar semasa berada di kampung. Ada netizen mengutuk saya gara-gara dia terbawa-bawa dengan watak Dahlia. Setakat nak kutuk saya tak apalah, tetapi ini keluarga saya pun dia nak kutuk. Bagi saya itu berlebihan. Sebab dalam tak sedar, tindakan mereka di sebalik tulisan di media sosial itu telah membuatkan ada antara ahli keluarga saya terasa.

J: Adakah Haneesya jenis orang yang akan membalas kata-kata atau komen negatif mereka itu di media sosial? Atau hanya membiarkan sahaja semua bagai di angin lalu?

H: Ada sahaja saya respons komen-komen netizen ini. Bagi saya, bukan untuk cari gaduh tetapi kena tegur juga. Mungkin orang akan kata oh saya ini tidak relaks sebab kalau sudah jadi artis, kata kecaman dan kritikan ini sebahagian daripada lumrahnya. Biasa sangat orang kata biarkan, tetapi lama-kelamaan kalau kita amalkannya ia sebenarnya membuka lebih ruang buat netizen ini untuk melayan kita begitu. Sebab itu saya dengan peminat atau netizen, saya letakkan had. Jika mereka biadab. lebih-lebih lagi usik keluarga, saya tak akan kompromi. Setakat nak kutuk saya tak apa lagi. Jangan usik keluarga, saya tak suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya