Tragedi hitam, berdarah di Pakistan

Tragedi hitam, berdarah di Pakistan dengan lebih 163 terkorban

PEKERJA penyelamat mencari baki mangsa di tengah-tengah serpihan masjid yang rosak akibat letupan yang berlaku kelmarin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Dalam tempoh dua hari, Pakistan dilanda tragedi terburuk dalam sejarah apabila berlaku dua tragedi pengangkutan yang mengorbankan 71 nyawa dan satu letupan besar di masjid yang membunuh 92 orang.

Tragedi menyayat hati itu menyebabkan ramai rakyat berduka dan menyifatkan tragedi itu antara yang terburuk pernah berlaku dalam negara.

Ahad lalu, seramai 41 penum­pang maut apabila sebuah bas terjunam dan terbakar dari sebuah jambatan di barat daya negara itu.

Mayat-mayat yang ditemukan bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti kerana b rentung.

Hanya tiga mangsa berjaya diselamatkan dan bas itu dilaporkan membawa 48 penumpang apabila melanggar tiang di jambatan dan terbabas di luar laluan.

Bas berkenaan dalam perjalanan di antara ibu kota wilayah Balochistan, Quetta ke bandar pelabuhan selatan Karachi.

TRAGEDI BOT TERBALIK

Lebih malang, pada hari yang sama, seramai 30 kanak-kanak dari Madrassa Mirbash Khel maut apabila bot yang dinaiki mereka terbalik di barat laut negara berkenaan.

Kesemua yang maut setakat ini ditemukan dari tasik Tanda Dam, dekat Kohat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Kesemua mangsa berusia antara tujuh dan 14 tahun serta 11 kanak-kanak berjaya di­selamatkan dengan enam dalam keadaan kritikal.

Bot berkenaan terbalik semasa membawa antara 25 hingga 30 pelajar yang dalam perjalanan dari madrasah tempatan.

Menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 27,000 orang terbunuh di jalan raya Pakistan pada 2018.

Pada November tahun lalu, 20 orang termasuk 11 kanak-kanak terbunuh apabila sebuah bas mini terhempas ke dalam parit yang dalam dan berair di selatan Pakistan.

Pada Ogos lalu, 20 orang turut terkorban di pinggir bandar Multan apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah kapal tangki minyak.

Menurut rekod kerajaan Pakistan, keadaan lebuh raya yang mempunyai jalan tidak sekata, langkah keselamatan yang longgar dan pemanduan melulu menyumbang kepada rekod ke­selamatan jalan raya yang teruk di Pakistan.

LETUPAN DALAM MASJID

Kelmarin, tragedi berdarah iaitu satu letupan bom di masjid yang menyasarkan pegawai polis di barat laut Pakistan me­ngorbankan lebih 92 orang dan mencederakan 150 lagi ­mangsa.

Serangan itu berlaku semasa penduduk menunaikan solat Asar berjemaah di ibu kota Peshawar, berhampiran sempadan Afghanistan di mana aktiviti militan semakin meningkat.

Jurucakap Organisasi Penyelamat 1122, Bilal Ahmad Faizi berkata, semalam, pihaknya mengalihkan bahagian terakhir bumbung yang runtuh supaya dapat mengumpul lebih banyak mayat.

Sementara itu, Jurucakap Hospital di Peshawar, Muhammad Asim Khan memberitahu AFP bahawa 92 orang setakat ini terbunuh dengan jumlah kematian meningkat apabila lebih banyak mayat tiba dari tempat kejadian.

PAKISTAN BERJAGA-JAGA

Sekurang-kurangnya 20 pe­gawai polis yang terbunuh dikebumikan selepas disembahyangkan dengan keranda diletakkan di barisan hadapan serta berselimutkan bendera Pakistan.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut pada waktu keselamatan didakwa semakin teruk di negara itu.

Kerajaan Pakistan pula me­ngumumkan seluruh negara berjaga-jaga selepas tragedi berkenaan dengan pusat pemeriksaan dipertingkatkan dan pasukan keselamatan dikerah.

Di Islamabad, penembak tepat dikerahkan mengambil posisi di bangunan-bangunan dan juga di pintu masuk bandar berkenaan.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam kenya­taan berkata, pengganas sengaja menimbulkan ketakutan de­ngan menyasarkan mereka yang menjalankan tugas mempertahankan Pakistan.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.