Nilai kerugian ekonomi Turkiye, Syria cecah AS$4 bilion

Nilai kerugian ekonomi gempa bumi Turkiye, Syria cecah AS$4 bilion

Anggota pasukan penyelamat dan orang awam mencari mangsa yang mungkin masih hidup di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, Turkiye, semalam. – AFP

HATAY: Gempa bumi yang memusnahkan Turkiye dan Syria Isnin lalu boleh menyebabkan kerugian ekonomi kira-kira AS$ 4 bilion (RM17. 3 bilion).

Lapor AFP, penilaian itu dibuat oleh agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings hari ini.

“Kerugian ekonomi agak sukar dinilai, namun berdasarkan keadaan sekarang, ia sudah pun mencapai AS$2 bilion (RM8.6 bilion) dan mampu mencecah AS$4 bilion sekiranya keadaan memburuk,” jelas Fitch Ratings.

Sehingga kini, mangsa korban gempa bumi di kedua-dua negara melebihi 17,500 orang.

Jumlah itu menghampiri angka 20,000 orang seperti yang dijangka oleh Pertubuhan Kesihatan Ssdunia (WHO).

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN