TERKINI: Angka korban melebihi 17,176, semakin hampiri

TERKINI: Angka korban melebihi 17,176, semakin hampiri jangkaan WHO

KANAK-KANAK Syria makan di pusat perlindungan sementara untuk orang yang kehilangan tempat tinggal, berhampiran bandar Jindayris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Angka kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 17,176 orang.

Lapor AFP, jumlah itu dilihat menghampiri jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa angka korban bakal melepasi 20,000 orang.

Malah, pasukan penyelamat berkata, harapan kini amat pudar untuk mencari mangsa-mangsa yang tersepit di bawah runtuhan selain cuaca beku menyukarkan lagi operasi mereka.

Pegawai perubatan berkata, sebanyak 14,014 orang maut di Turkiye dan 3,162 orang di Syria akibat gegaran 7.8 dan 7.5 magnitud pada Isnin lalu,  menjadikan jumlah yang disahkan kepada 17,176.

Kelmarin, WHO menyuarakan kebimbangan bahawa angka korban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria boleh melebihi 20,000 mangsa.

Pegawai kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood berkata, jangkaan itu berdasarkan pemerhatian agensi itu terhadap kes terdahulu yang melibatkan kejadian bencana gempa bumi.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.