TERKINI: 16 bayi gempa bumi Turkiye diselamatkan tanpa waris

TERKINI: 16 bayi gempa bumi Turkiye diselamatkan tanpa waris

ANTARA 16 bayi yang dipindahkan ke Ankara dari Kahramanmaras yang dilanda gempa bumi. -ANADOLU AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHRAMANMARAS: Sebanyak 16 bayi tanpa waris yang diselamatkan dari runtuhan bangunan runtuh di Kahramanmaras dipindahkan ke Ankara dengan menaiki pesawat Presiden Turkiye.

SEORANG daripada 16 bayi dipindahkan ke Ankara dari Kahramanmaras, hari ini. -ANADOLU AGENCY

Menurut agensi Anadolu, kesemua bayi itu diselamatkan bersendirian atau ibu bapa mereka terkorban dalam gempa bumi kuat yang melanda tenggara Turkiye, Isnin lalu.

Mereka dipindahkan ke Ankara untuk penjagaan lanjutan.

Nota maklumat turut ditulis pada bayi yang tidak dikenal pasti selepas diselamatkan.

Pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu, gempa bumi kuat pada 7.8 magnitud berpusat di daerah Pazarcik, menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis.

Kemudian, pada pukul 1.24 tengah hari pula, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras melanda wilayah itu.

Turkiye mengisytiharkan tujuh hari berkabung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.