Erdogan beri amaran kepada perompak, penculik di kawasan bencana - Utusan Malaysia

Erdogan beri amaran kepada perompak, penculik di kawasan bencana

RECEP Tayyip Erdogan disorak penduduk ketika membuat lawatan mangsa gempa bumi di Adiyaman, Turkiye. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa kerajaannya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam rompakan, penculikan dan pelbagai jenayah lain di wilayah yang dilanda gempa bumi.

Lapor Al Jazeera, kata Erdogan, hal ini kerana negara itu berada dalam darurat dan dikawal oleh kerajaan sepenuhnya.

“Kami sudah mengisytiharkan darurat. Maknanya, mulai sekarang, orang yang terlibat dalam rompakan atau penculikan harus tahu bahawa ‘tangan’ kerajaan berada di belakang mereka,” katanya ketika membuat lawatan ke tempat bencana hari ini.

Setakat ini, angka korban mencecah 24,543 orang dengan 21,043 korban di Turkiye manakala lebih 3,500 di Syria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.