Bank Dunia umum bantuan Turkiye AS$1.78 bilion

Bank Dunia umum bantuan kepada Turkiye AS$1.78 bilion

PENDUDUK berdiri ketika pegawai penyelamat mencari mangsa di antara runtuhan bangunan di Kahramanmaras.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Bank Dunia mengumumkan bantuan sebanyak AS$1.78 bilion (RM7.705 bilion) untuk usaha pemulihan dan pembinaan semula Türkiye yang musnah berikutan gempa bumi yang kuat.

Lapor agensi Anadolu, badan dunia itu dalam kenyataan berkata, bantuan itu adalah bagi membantu pemulihan pembangunan negara berkenaan berikutan gempa bumi dahsyat yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan yang sangat besar.

Pihaknya juga sudah membuat penilaian kerosakan pantas bagi menganggarkan magnitud bencana dan mengenal pasti kawasan-kawasan keutamaan untuk dipulihkan serta sokongan pembinaan semula bangunan.

Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass berkata, pihaknya juga merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turkiye dan Syria di atas kehilangan besar yang dialami akibat gempa bumi yang dahsyat.

“Kami akan menyediakan bantuan segera dan menyediakan penilaian pantas tentang keperluan mendesak dan besar-besaran di lapangan.

“Kami juga akan mengenal pasti bidang keutamaan untuk pemulihan dan pembinaan semula negara sambil kami menyediakan operasi untuk menyokong keperluan tersebut,” katanya.

Bantuan segera sebanyak AS$780 juta (RM3.38 bilion) ditawarkan melalui Komponen Tindak Balas Kecemasan Kontinjen (CERC) daripada dua projek sedia ada di Turkiye iaitu Projek Pembinaan Semula Kecemasan Gempa Bumi, Banjir dan Kebakaran Hutan Türkiye serta Projek Bandar Tahan Iklim dan Bencana.

Menurut Bank Dunia, CERC membantu negara penerima dengan cepat dan mengakses dana projek untuk tindak balas kecemasan seperti yang diperlukan sekarang di Turkiye kerana bantuan itu akan digunakan untuk membina semula infrastruktur asas di peringkat perbandaran.

Tambahan AS$1 bilion (RM4.33 bilion) sedang disediakan untuk menyokong orang yang terjejas untuk memberikan sokongan segera bagi pemulihan dan pembinaan semula daripada bencana itu.

Pengarah negara Bank Dunia untuk Türkiye, Humberto Lopez berkata, keperluan segera dan masa depan Türkiye sangat besar dan merangkumi keseluruhan rangkaian daripada bantuan kepada pembinaan semula bangunan.

Walaupun perkongsian Bank Dunia dengan Türkiye bermula sejak 1950, mereka merupakan rakan kongsi utama dalam pengurusan risiko bencana, pembangunan bandar dan kecekapan tenaga di negara ini.

Bank Dunia berkata, program Türkiyenya kini berada pada 30 operasi pinjaman aktif bernilai AS$9 bilion (RM38.96 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya