Warga AS mogok lapar tujuh hari di Iran mohon bantuan Biden

Warga AS mogok lapar tujuh hari di Iran mohon bantuan Biden

SIAMAK Namazi (kanan) bergambar bersama bapanya, Baquer Namazi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) asal Iran yang dipenjarakan di Iran memulakan mogok lapar tujuh hari dan merayu kepada Presiden AS, Joe Biden bagi membawanya pulang.

Siamak Namazi mendedahkan mengenai tindakan itu menerusi pengakuan dalam sepucuk surat kepada Biden sempena ulang tahun ketujuh pembebasan lima warga AS dalam pertukaran tahanan dengan Iran, sejajar pelaksanaan perjanjian nuklear Iran 2015.

Siamak ditangkap pada Oktober 2015 atas tuduhan cuba menggulingkan Iran, bagaimanapun tuduhan itu dinafikannya.

Bapanya, Baquer, yang pergi ke Iran pada 2016 kerana bimbang terhadap keselamatannya yang ditahan juga ditangkap atas tuduhan berkaitan pengintipan, namun, dibebaskan dua tahun kemudian selain dilarang daripada melakukan perjalanan.

Baquer akhirnya dibenarkan meninggalkan Iran pada Oktober lalu untuk menjalani rawatan perubatan.

Siamak berkata, dalam suratnya, dia akan melakukan mogok lapar selama tujuh hari bagi meminta Biden meluangkan masa selama satu minit pada minggu depan untuk memikirkan penderitaan warga AS yang ditahan di Iran.

Mereka yang ditahan termasuk ahli alam sekitar, Morad Tahbaz, 67, yang juga mempunyai kewarganegaraan British, dan ahli perniagaan Emad Shargi, 58.-Al Jazeera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.