Walaupun dalam perang, UNESCO iktiraf bandar warisan Odessa

Walaupun dalam perang, UNESCO iktiraf bandar warisan Odessa

GAMBAR fail yang diambil pada 12 Oktober 2022, menunjukkan arca Odessa Passage, arked beli-belah dan hotel di tengah-tengah bandar Odessa, Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) menyenaraikan pusat bersejarah bandar pelabuhan Ukraine, Odessa yang sering digambarkan sebagai ‘mutiara Laut Hitam’ ke dalam senarai warisan dunianya.

Sebanyak 21 buah negara dalam anggota jawatan kuasa warisan dunia agensi itu meluluskan bandar itu dengan enam undian menyokong, satu menentang dan 14 berkecuali.

Dikatakan Russia yang menyerang Ukraine pada Februari tahun lalu berulang kali cuba menangguhkan undian berkenaan berikutan turut sama menuntut bandar berkenaan.

PELIHARA DARI KEMUSNAHAN

Bagaimanapun, Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay berkata, sementara perang masih berterusan di Ukraine, inskripsi (sesuatu yang disenaraikan) ini adalah merangkumi keazaman kolektif pihaknya bagi memastikan bandar ini sentiasa mengatasi pergolakan global dan dipelihara daripada kemusnahan selanjutnya.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy turut mengalu-alukan keputusan itu yang pernah meminta penyenaraian itu dilakukan pada Oktober lalu bagi melindungi bandar itu daripada pengeboman Russia.

“Hari ini Odessa mendapat perlindungan UNESCO. Saya berterima kasih kepada rakan kongsi yang membantu melindungi mutiara kami daripada serangan penceroboh Russia,” ciap Zelenskyy di Twitter.

Sejak pencerobohan Russia, rakyat Ukraine bersungguh-sungguh melindungi monumen dan bangunan bandar tersebut dengan beg pasir dan penghadang.

SENARAI WARISAN DUNIA DALAM BAHAYA

Odessa terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Kyiv yang menyaksikan serangan udara yang sangat kerap oleh tentera Russia turut ditambah dalam Senarai Warisan Dunia Dalam Bahaya.

Menurut UNESCO, penyenaraian itu juga akan memberi akses Odessa kepada bantuan antarabangsa dari sudut teknikal dan kewangan kukuh bagi melindungi atau jika perlu, untuk memulihkannya.

Agensi itu juga menambah, ia sudah membantu melakukan pembaikan di Muzium Seni Halus Odessa dan Muzium Seni Moden Odessa selepas kerosakan sejak awal perang berkenaan berlaku.
UNESCO DIPUJI

Perancis menerusi kementerian luarnya juga memuji keputusan UNESCO ini selain menekankan nilai luar biasa bandar pelabuhan ini, seni bina dan sejarahnya untuk Ukraine dan untuk kemanusiaan.

“Keputusan itu untuk meletakkan kedudukan Odessa daripada bahaya yang ditimbulkan oleh penceroboh Russia,” kata kementerian itu.

Sejak pencerobohan itu, lebih 230 tapak budaya rosak atau musnah.

PINTU MASUK MARITIM

Odessa berkembang pesat selepas Permaisuri Russia, Catherine the Great memutuskan pada akhir abad ke-18 bahawa bandar itu akan menjadi pintu masuk maritim moden negara.

Tetapi, sejauh mana pengaruh budaya Russia di bandar itu adalah topik yang masih dipertikaikan.

Ketegangan juga dikatakan meningkat apabila sewaktu pengundian UNESCO dijalankan apabila Ukraine dikatakan membantah penerangan mengenai bandar pelabuhan itu dalam draf keputusan yang menggambarkan Catherine sebagai pengasas bandar itu.

Menteri Kebudayaan Ukraine, Oleksandr Tkachenko dan Datuk Bandar Odessa, Gennadiy Trukhanov bagaimanapun mengemukakan surat terbuka yang mengatakan bahawa bandar itu berkembang maju jauh sebelum ketibaan Permaisuri Russia itu.

“Pembangunan berterusan Odessa sebagai bandar pelabuhan bermula sejak abad ke-15,” kata mereka sambil menambah ia dikenali sebagai Hadzhybei.

RUSSIA TUNTUT HAK

Tetapi, Presiden Russia, Vladimir Putin dikatakan menggunakan mitos penubuhan Odessa oleh permaisuri mereka yang muncul pada abad ke-19, sebagai salah satu alasan untuk tuntutan wilayah Russia di bandar-bandar Ukraine dan permulaan pencerobohan bersenjatanya.

Menurut wakil Russia kepada jawatan kuasa warisan dunia kelmarin, mereka berulang kali mengkritik apa yang disifatkannya sebagai dokumen permohonan (penyenaraian UNESCO) sebagai ‘buruk’ dari Ukraine.

Mereka mendakwa dokumen-dokumen itu kebanyakannya diambil daripada Wikipedia dan laman web pelancongan.

Wakil itu juga menuduh Ukraine memusnahkan monumen di kawasan yang ingin dilindunginya dan cuba menangguhkan undian selama-lamanya tanpa berjaya.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya