Ukraine, EU bincang sokongan ketenteraan dan kewangan 3

Ukraine, EU bincang sokongan ketenteraan dan kewangan 3 Februari ini

GAMBAR menunjukkan kenderaan pertahanan infantri BMP Ukraine di bandar Bakhmut, timur Ukraine.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine dan Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan sidang kemuncak di bandar ini pada 3 Februari depan yang akan membincangkan mengenai sokongan ketenteraan dan kewangan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam kenyataan memberitahu, pihaknya dalam peringkat membuat kertas kerja intensif mengenai perkara berkenaan.

“Kedua-dua pihak membincangkan mengenai jangkaan keputusan dalam sidang kemuncak Ukraine-EU yang akan berlangsung pada 3 Februari ini di Kyiv,” katanya dalam kenyataan.

Butiran mengenai sidang kemuncak dan mesyuarat peringkat tertinggi itu ditentukan menerusi panggilan awal tahun Zelensky kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Dert Leyen, semalam.

Kedua-dua pemimpin berkenaan turut berbincang mengenai bekalan senjata yang diperlukan dan program bantuan kewangan 18 bilion Euro (AS$19 bilion) kepada Ukraine.

Menurut Zelensky, bantuan peringkat pertama akan dibuat pada bulan ini.

Bulan lalu, EU mengesahkan akan memberi bantuan kepada Ukraine yang digelar perjanjian mega yang melibatkan kadar cukai korporat minimum 15 peratus.

Langkah itu disusuli rayuan daripada Zelensky untuk tidak membiarkan pertikaian dalaman dalam blok 27 negara yang menghalang sokongan Kyiv.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya