Nenek berputih mata video mandi lumpur dipadam TikTok

Nenek berputih mata video mandi lumpur dipadam TikTok

LOKASI pembikinan kandungan mandi lumpur secara langsung menerusi TikTok. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: TikTok secara rasmi memadam kandungan video seorang nenek mandi lumpur yang tular di alam maya baru-baru ini.

Wakil TikTok Indonesia berkata, pemadaman kandungan ini dilakukan selepas menerima permintaan ‘take down’ (memadam) daripada Kementerian Komunikasi dan Informatik (Kominfo).

“Kami menerima permintaan ‘take down’ dari Kominfo dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Kompas.com hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan Awam dan Komunikasi Kominfo, Usman Kansong turut mengesahkan permintaan ‘take down’ itu.

“Benar (meminta TikTok memadam kandungan mandi lumpur),” kata Usman.

Usman menambah, permintaan untuk memadam kandungan itu adalah berdasarkan pekeliling dari Menteri Sosial yang menyatakan kandungan berbentuk perbuatan sebegitu adalah dilarang.

Seperti yang diketahui, video siaran langsung mandi lumpur yang juga dikenali sebagai fenomena ‘pengemis dalam talian’ menjadikan golongan warga emas sebagai objek kandungan yang mampu memberi pulangan lumayan.

Mereka akan menerima hadiah berupa pelekat berbayar jika mereka menyimbah lumpur ke seluruh badan.

Lebih banyak hadiah yang diterima, lebih banyak lumpur yang dicurahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.