Masa untuk bekerja -Republikan

Masa untuk bekerja -Republikan

KEVIN McCarthy keluar dari pejabatnya untuk menghadiri beberapa siri undian di Bangunan Capitol AS Selasa lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang dikawal oleh parti Republikan bersetuju menerusi undian Selasa lalu untuk menjalankan siasatan terhadap apa yang mereka istilahkan sebagai ‘persenjataan’ Kerajaan Persekutuan oleh Presiden Demokrat, Joe Biden.

Undian itu dibuat untuk menyiasat selain menubuhkan ‘Jawatankuasa Kecil Terpilih Mengenai Persenjataan Kerajaan Persekutuan’.

Jawatan kuasa itu akan menjalankan siasatan meluas terhadap pentadbiran Biden yang didakwa Republikan sebagai menggunakan FBI untuk menentang Trump.

Ahli-ahli Demokrat bagaimanapun melabelkan undian itu sebagai satu tindakan memancing ahli-ahli parti.

Terdahulu, Republikan berjanji untuk menggunakan kuasa majoriti baharu mereka dalam Dewan terhadap Jabatan Kehakiman AS, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi persekutuan lain untuk menyiasat bekas Presiden Republikan, Donald Trump dan penyokongnya yang menyerbu bangunan Capitol AS pada 6 Januari 2021 kerana protes kekalahannya dalam pilihan raya presiden.

Antara perkara yang akan dilakukan Republikan adalah meneliti percubaan Trump untuk membatalkan kekalahannya pada 2020 dan dakwaan salah mengendalikan dokumen sulit.

Republikan juga akan menyiasat dakwaan-dakwaan dalam pentadbiran Biden yang dikatakan memberi tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi teknologi supaya menapis pandangan mereka yang bertentangan dengan dasar-dasar White House.

Ketua Jawatankuasa Pemantauan Republikan, James Comer berkata, sekarang adalah masa untuk bekerja.

“Kita mesti mendedahkan penyalahgunaan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang tidak terpilih serta birokrasi persekutuan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam ucapan yang disampaikan di halaman White House.

Wakil Republikan, Elise Stefanik berkata, serbuan yang dilakukan FBI terhadap Trump adalah satu penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Biden.

Sehubungan itu, katanya, dia berjanji untuk menjalankan siasatan terhadap Biden.

Parti Demokrat bimbang mengenai peruntukan yang memberi kuasa kepada jawatan kuasa tersebut untuk membuat siasatan yang secara amnya berada di luar bidang pengawasan kongres.

Pemimpin tertinggi Jawatankuasa Kehakiman Demokrat, Jerrold Nadler berkata, ini merupakan pelanggaran pemisahan kuasa dan ia juga sangat berbahaya. –Al Jazeera/AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya