Lelaki makan sos tomato ketika hilang 24 hari di laut Caribbean

Lelaki makan sos tomato ketika hilang 24 hari di laut Caribbean

ELVIS Francois diperiksa oleh petugas kesihatan selepas diselamatkan dari hanyut di lautan Caribbean.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Seorang lelaki dari Dominica diselamatkan di perairan Colombia selepas 24 hari hilang bersama bot layarnya di laut dalam dan mendakwa hanya mengalas perut dengan sos tomato.

Menurut laporan Channel News Asia, Elvis Francois, 47, berkata, dia tidak mempunyai bekalan makanan sebaliknya hanya ada sebotol sos tomato yang berada di atas bot, serbuk bawang putih dan kiub Maggi.

“Jadi, saya mencampurkannya dengan sedikit air untuk saya bertahan 24 hari di dalam laut,” katanya dalam bahasa Inggeris dalam video yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Colombia.

Francois dikatakan mengukir perkataan ‘bantuan’ pada badan bot apabila dia akhirnya ditemukan 120 batu nautika barat laut Puerto Bolivar di utara La Guajira.

Francois berkata, dia ada melihat bot-bot lain lalu dan cuba menahannya, malah, menyalakan api di atas kapalnya, tetapi mereka tidak melihatnya.

Dia turut menahan air supaya bot layarnya itu tidak tenggelam.

“Hari-hari terakhir, kira-kira 15 Januari, saya melihat sebuah kapal terbang. Saya mempunyai cermin. Saya membuat beberapa isyarat dengan menggunkan biasan cahaya matahari.

“Mereka melepasi bot saya dua kali, jadi, saya sedar mereka nampak saya. Saya bersyukur kerana masih hidup pada hari ini kerana mereka,” katanya.

Kru pesawat yang membantu itu dikatakan memaklumkan mengenai penemuan bot layar kepada Tentera Laut Colombia yang kemudian menyelamatkan Francois dengan bantuan sebuah kapal dagang.

Francois menambah: “24 hari, tiada tanah. Tiada sesiapa untuk bercakap dengannya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tidak tahu berada di mana. Ia sukar. Pada masa tertentu, saya kehilangan harapan. Saya fikir tentang keluarga saya.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×