NEW YORK: Pemimpin tertinggi Republikan, Kevin McCarthy akhirnya dipilih dan dinamakan sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS).
Pemilihan ini mengakhiri hari-hari perbalahan sengit Republikan yang menyebabkan urusan dewan rendah Kongres terhenti.
McCarthy,57, hanya memerlukan majoriti mudah untuk dipilih sebagai penggubal undang-undang tertinggi yang mengetuai urusan Dewan dan berada di barisan kedua selepas jawatan Presiden AS.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pemilihan Speaker kali ini adalah paling lama dalam tempoh 160 tahun apabila Republikan didapati berpecah-belah dengan mengambil 15 pusingan pengundian selama empat hari untuk memadam api pemberontakan sayap kanan, anti-McCarthy.-AFP











