Isu kencing atas penumpang wanita: Air India didenda AS$37,000

Isu kencing atas penumpang wanita: Air India didenda AS$37,000

AIR India didenda AS$37,000 kerana dikatakan lemah mengendalikan isu seorang jurubank yang mabuk dan kencing ke atas tubuh penumpang wanita, November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Air India didenda AS$37,000 (RM158,581.62) berhubung isu kelemahan pengendalian insiden seorang eksekutif kanan bank dari Amerika Syarikat (AS) yang mabuk dituduh membuang air kecil pada tubuh penumpang wanita.

Lelaki itu didakwa kencing ke atas tubuh wanita berusia 72 tahun yang duduk di kelas perniagaan pada penerbangan 26 November lalu dari New York ke New Delhi.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam India juga mendenda Pengarah Perkhidmatan Dalam Penerbangan Air India sebanyak 300,000 rupee (RM15,878.828) sebagai tambahan kepada penalti tiga juta rupee (AS$37,000) kepada syarikat penerbangan itu.

Juruterbang penerbangan itu juga digantung lesennya selama tiga bulan kerana gagal melaksanakan tugasnya untuk memastikan keselamatan penumpang dan disiplin.

Sewaktu kejadian, suspek, Shankar Mishra, dikatakan diberi kebenaran untuk turun seperti biasa apabila pesawat itu mendarat di India dan tiada tindakan segera diambil.

Wanita itu bagaimanapun mengadu dan selepas cerita itu dilaporkan secara meluas dalam media India, polis bertindak menahan Mishra beberapa minggu kemudian selepas dia menghilangkan diri dan dilaporkan mematikan telefonnya.

Bank AS Wells Fargo turut memecat Mishra daripada tugas sebagai naib presiden operasi Indianya selepas kes itu didakwa amat mengganggu reputasi bank mereka.

Dalam kejadian itu, Air India berdepan kritikan amat teruk dalam kalangan rakyat kerana dikatakan gagal mengendalikan aduan mangsa iaitu wanita tersebut manakala ketua eksekutif syarikat penerbangan itu terpaksa mengeluarkan kenyataan permohonan maaf.

“Air India mengakui bahawa kami boleh mengendalikan perkara ini dengan lebih baik, baik di udara mahupun di darat dan komited untuk mengambil tindakan,” kata Ketua Eksekutif Air India, Campbell Wilson.

Mishra juga ditolak ikat jamin dan peguamnya, Ramesh Gupta, mendakwa, perbicaraan pada minggu lalu, wanita itu yang juga merupakan seorang penari klasik India sebenarnya membuang air kecil pada dirinya sendiri.

Menurut media India, Gupta juga berkata, adalah mustahil untuk Mishra membuang air kecil kepada wanita berkenaan tanpa juga berbuat serupa kepada wanita lain.

Kes itu adalah insiden memalukan terkini yang dilaporkan dalam sektor penerbangan India yang berkembang pesat dalam beberapa bulan kebelakangan ini. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya