Dewan Perwakilan AS kekal tiada Speaker

Dewan Perwakilan AS kekal tiada Speaker

KEVIN McCarthy bercakap kepada pemberita pada hari keempat pengundian calon Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan akhirnya terpilih menjadi Speaker Dewan Perwakilan AS, semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat terjerumus ke dalam krisis apabila calon kegemaran Republikan, Kevin McCarthy gagal sekali lagi untuk memenangi jawatan Speaker selama tiga hari berturut-turut.

Hal ini secara tidak langsung melumpuhkan dewan rendah Kongres.

McCarthy, yang digemari oleh partinya tetapi paling popular dalam kalangan sayap kanan, membuat tawaran ‘konsesi’ menyeluruh bagi memadamkan api pemberontakan kira-kira 20 penyokong tegar yang didakwa menghalang usahanya untuk menjadi Speaker.

Tetapi, tawarannya itu tidak ‘laku’ dan dia gagal memenangi lima undian yang diadakan pada hari Khamis lalu sebelum Dewan bersetuju untuk menangguhkan sehingga tengah hari Jumaat.

Pusingan terakhir pengundian secara keseluruhan adalah yang ke-11 sejak dewan dibuka untuk penggal baharu di bawah majoriti kecil Republikan minggu ini.

Malah, tidak pernah berlaku dalam sejarah AS pencalonan Speaker berlangsung lebih daripada sembilan pusingan sejak era Perang Saudara.

Sebelum kekalahan pencalonan Khamis lalu, McCarthy telah pun dimalukan kerana gagal setiap pusingan kepada Demokrat, Hakeem Jeffries.

Hakeem yang turut mendapat kurang majoriti berkata, adalah menjadi harapannya pada hari ini (semalam) agar Dewan Republikan berhenti bergaduh, berhenti tikam belakang seterusnya mendapat saokongan rakyat AS.

McCarthy yang berusia 57 tahun turut menawarkan kepada pihak lawan sayap kanannya kuasa untuk menentukan bagaimana undian dikendalikan dan undian berdasarkan had tempoh memegang jawatan itu. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya