Connecticut masih sangsi haramkan TikTok dalam peranti kerajaan

Connecticut masih sangsi pengharaman TikTok dalam peranti kerajaan

APLIKASI TikTok diharamkan penggunaannya untuk peranti kerajaan di beberapa negeri Amerika Syarikat termasuk Maryland. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONNECTICUT: Setelah Maryland menjadi negeri terbaharu Amerika Syarikat (AS) melarang penggunaan TikTok pada peranti dan rangkaian kerajaan bulan lalu, pegawai keselamatan siber negeri Connecticut pula cuba mendapatkan pandangan dan panduan dari Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI.

Menurut laporan Al Jazeera, mereka dikatakan ingin tahu sama ada FBI mempunyai maklumat tambahan untuk menyokong larangan TikTok di negeri mereka.

Hal ini berikutan kerajaan Republikan memberi amaran keras bahawa aplikasi milik China itu menimbulkan ancaman serius terhadap privasi dan keselamatan negara.

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Connecticut, Jeff Brown berkata, pihaknya kini masih mengkaji dan mendapatkan pandangan serta cadangan daripada pihak lain.

“Selamat pagi tuan-tuan. Kami sedang mencari sebarang cadangan mengenai TikTok selepas Maryland mengharamkan penggunaannya,” kata Brown dalam emel kepada kenalan FBI, 7 Disember lalu.

Brown dikatakan turut menghantar emel kepada kenalan di Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (CISA) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Brown memasukkan dalam mesejnya dalam rantaian emel itu di mana dia dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Connecticut, Mark Raymond berpendapat bahawa larangan Maryland nampaknya merupakan kes melampaui batas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya