Gender bukan penghalang wanita

Gender bukan penghalang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WANITA Dijulang, Negara Gemilang merupakan tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang
disambut pada hari ini.

Pemilihan tema itu tepat dalam mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender di semua peringkat.

Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Prof. Emerita Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan berkata, kemajuan negara dapat terus dilonjakkan dengan melabur ke atas wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pelaburan itu perlu difokuskan kepada dua bidang.

Yang pertama, ialah pertumbuhan sistematik Ekonomi Penjagaan bagi meningkatkan penyertaan kaum hawa dalam pasaran buruh.

Manakala, yang kedua pula mempromosikan syarikat dengan dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke arah pertumbuhan dan kemampanan perniagaan.

“Langkah ini sekali gus dapat mengatasi isu kesaksamaan gender. Ia selaras dengan komitmen
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat,

Datuk Seri Nancy Shukri yang sentiasa di barisan hadapan dalam memastikan keadilan untuk wanita dari
segi peluang, pembangunan dan manfaat-manfaat lain,” katanya.

KERJASAMA STRATEGIK
Negara disaran memperbanyakkan lagi inisiatif kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G-to-G) bagi menjulang dan memperkasakan golongan wanita.

Pengasas dan Presiden Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor (Jeiwa), Nor Fadilah Mohamed Nizar berkata, inisiatif itu penting bagi membolehkan golongan sasar menerima pendedahan bersifat global.

“Selain itu, negara juga dapat menonjolkan bakatbakat baru yang disegani dan unik dalam pelbagai bidang seperti kraftangan, fesyen, ekonomi dan akademik.

“Ini sekali gus membantu wanita Malaysia menempa nama di peringkat antarabangsa dan menjadi
aspirasi kepada yang lain untuk mengorak langkah sama,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Fadilah mahu lebih ramai wanita merebut dan menikmati insentif, kemudahan serta
sokongan yang disediakan oleh kerajaan bagi mengangkat sosioekonomi mereka.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusof berkata, isu jantina tidak seharusnya dijadikan alasan dan halangan untuk wanita mencapai cita-cita serta impian.

Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai kelebihan bagi menonjolkan lagi keupayaan diri dan keberanian.

“Empati tinggi yang dimiliki wanita jika dimanfaatkan sebaiknya, dapat membantu golongan itu bergelar pemimpin. Wanita ada kehebatan tersendiri termasuk multitugas tetapi adakalanya kita yang membataskan kemampuan hanya kerana faktor gender.

“Dek kerana diskriminasi itu, kita sentiasa akan rasa terhalang dan terbeban untuk mencapai segala matlamat dalam hidup,” katanya.

Dalam hal berkaitan, ujarnya penting untuk wanita memiliki sistem sokongan yang kuat bagi membantu
ketika diperlukan atau kecemasan.

“Tidak semua benda boleh dilakukan sendiri kerana ada masanya kita letih. Jangan malu untuk meminta
bantuan daripada sistem sokongan anda,” katanya sambil berharap wanita lebih
aktif dalam bidang ekonomi digital,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini