63 peratus bimbang masalah berat berlebihan

63 peratus bimbang masalah berat berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 63 peratus daripada rakyat Malaysia menyatakan kebimbangan berhubung isu berat badan.

Penemuan itu hasil kajian dijalankan terhadap 1,045 responden.

Kebimbangan lain ialahtekanan iaitu 47 peratus diikuti tidur (46 peratus) dan jantung (44 peratus).

Selaras usaha menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan lebih sihat, Amway memperkenalkan Program Pengurusan Kesihatan Set Semula Usus Nutrilite.

Selain mengimbang semula mikrobiom usus, inisiatif ini dapat membantu pengguna menurunkan berat badan.

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Indonesia dan Brunei, Michael Jonathan Duong berkata, pihaknya
turut menawarkan pemeriksaan kesihatan dengan Innoquest Pathology bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Kami menyokong usaha kerajaan untuk menangani NCD yang dikaitkan dengan 73 peratus kematian orang dewasa.

“Langkah ini bertujuan menangani faktor risiko, menggalakkan kesedaran dan diagnosis kesihatan, menjalani gaya hidup sihat di samping mengukuhkan langkah pencegahan,” katanya pada Hari Pengalaman Nutrilite di ibu kota baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Institut Kesihatan Nutrilite, Dr. Sam Rehnborg, Pengerusi Bersama Amway, Doug DeVos dan Presiden Serantau Asia Amway, Asha Gupta.

Ekspo kesihatan sempena ulang tahun ke-90 jenama jenama vitamin dan suplemen dietnya, Nutrilite itu, menarik kehadiran lebih 8,000 pengunjung.

Sementara itu, Duong berkata, Amway Malaysia akan meraikan ulang tahun ke-50 pada 2026 dan bertekad membantu masyarakat menjalani kehidupan lebih baik dan sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN