Memasuki tahun 2023 nampaknya pencinta dekorasi sudah mula kembali beralih kepada konsep klasik.
Konsep klasik yang malar segar masih lagi menjadi pilihan ramai dan dipadankan dengan gaya moden untuk sentuhan yang lebih estetik.
Elemen kayu dan rotan antara yang menjadi kegilaan dalam menghiasi kediaman sama ada perabot atau perkakasan.
Paling popular adalah sofa daripada rotan atau kayu yang menjadi elemen terpenting dalam melengkapkan gaya gabungan klasik dan juga moden.
Seperti sofa Koleksi Kayu daripada Fuku Studio yang menggabungkan elemen kayu yang dipengaruhi daripada elemen rekaan Jepun dan dipadankan dengan rekaan menarik pagar tangga rumah kampung di bahagian sisi.
Gabungan itu cukup sesuai dipadankan dengan kediaman berkonsepkan klasik moden melalui penggunaan material kayu balak tempatan, Semangkok.
Jalur terminal semula jadi dan sinaran luas kayu ini menghasilkan figura menarik yang unik untuk setiap item.
Tambahan pula, ia terdiri daripada daripada sofa modular pelbagai saiz, kombinasi saiz L, serta kerusi berlengan membolehkan pengguna bereksperimentasi dengan susunan.
Susunan sofa di ruang tamu juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan keluasan pada ruangan berkenaan selain mencipta suasana yang berbeza.
Sofa dengan kemasan premium dan elemen yang sesuai, mampu menghidupkan sesebuah konsep pada ruang tamu yang juga merupakan nadi pada sesebuah kediaman.