Nasi lemak buluh pikat selera di Hotel Armada

Nasi lemak buluh pikat selera di Hotel Armada

Pelbagai juadah masakan tradisi Melayu bercita rasa klasik sebagai hidangan utama berbuka puasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hotel Armada Petaling Jaya kembali menghangatkan suasana Ramadan dengan konsep bufet yang mengetengahkan warisan rasa Melayu asli. Terletak di tengah kesibukan bandar, hotel ini mengajak tetamu ‘pulang ke kampung’ melalui sajian tradisional yang semakin sukar ditemui.

Antara hidangan yang paling mencuri perhatian sudah tentu nasi lemak buluh. Sekali dengar namanya sahaja sudah cukup mengundang rasa ingin tahu. Bukan sekadar unik pada nama, malah teknik penyediaannya juga berbeza daripada nasi lemak biasa.

Menurut Pengurus Kulinari, Makanan dan Minuman, Tang Kok Kong, nasi lemak yang dimasak di dalam buluh memberikan kelainan ketara dari segi aroma dan rasa. Prosesnya memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Beras terlebih dahulu dikukus bersama santan di dalam buluh sehingga masak sempurna. Selepas itu, ia melalui proses bakar ringan. Teknik inilah yang menjadi rahsia keistimewaannya.

“Apabila dibakar, aroma buluh akan meresap masuk ke dalam nasi. Hasilnya, rasa lemak menjadi lebih mendalam dengan haruman semula jadi yang sukar ditandingi,” jelasnya.

Bufet Ramadan ini turut menampilkan kari ikan istimewa yang tidak kurang menarik perhatian. Jika kebiasaannya kari ikan menggunakan ikan merah, Hotel Armada tampil berani dengan menggabungkan ikan salmon sebagai bahan utama.

Idea ini memberi peluang kepada penggemar salmon merasai kelazatannya dalam versi masakan Melayu. Salmon yang terkenal dengan tekstur lembut dan rasa berlemak disesuaikan dengan rempah kari tradisional, menghasilkan gabungan rasa yang unik dan memikat.

“Kami mahu membawa kelainan. Salmon jarang digunakan dalam kari Melayu, tetapi apabila digabungkan dengan rempah tradisional, rasanya sangat istimewa,” katanya.

Tidak lengkap bufet Ramadan tanpa hidangan panggang yang menjadi rebutan ramai. Tradisi Kambing Golek Kuzi terus dikekalkan sebagai tarikan utama. Daging kambing yang dipanggang sempurna, digaul dengan kuah kuzi kaya rempah, pasti memikat selera saat berbuka.

Pelbagai pilihan menu tradisional dan moden turut disajikan. Setiap juadah disediakan dengan sentuhan kreatif cef berpengalaman, memastikan keseimbangan rasa yang mampu memenuhi selera seisi keluarga.

Dari pembuka selera hingga pencuci mulut, semuanya dipilih dengan teliti agar tetamu menikmati pengalaman berbuka yang lengkap dan memuaskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN