Buku Madani memperkaya sastera, demi kelangsungan penulis

Buku Madani memperkaya karya sastera, demi kelangsungan penulis

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim (dua kanan) bergambar dengan beberapa pemimpin Pena termasuk Mohd. Khair Ngadiron (kanan) selepas pelancaran Penerbitan 123 Buku Pena di Bangi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Banyak kegiatan sastera yang digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan penulisan dan penerbit memerlukan dana kerana untuk menjalankan aktiviti seperti bengkel, mesyuarat, bedah puisi, sayembara, bicara dan simposium seperti dusahakan kerajaan Madani .

Aktiviti penggalakkan sastera ini juga memerlukan dukungan daripada pelbagai pihak, justeru pembiayaan menjadi faktor utama kejayaan program yang dianjurkan.

Penganjuran program kesusasteraan tanah air pun kadang kala kurang penajaannya dan menjadikan kurang khalayak, maka penulis tidak mendapat banyak manfaat daripadanya.

Namun berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dengan kerjsama Persatuan Penulis Nasional (PENA) apabila memanfaatkan dana yang disalurkan.

Isu penulis buku atau karya sastera sebenarnya berkecamuk dengan perkara-perkara asas seperti kelangsungan hidup penulis, pembayaran royalti dan berapa jumlah cetakan sebuah judul supaya industri perbukuan terus subur dan diperkaya dengan penghasilan karya bermutu.

Statistik judul yang dikeluarkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan bahawa pada 2023 rakyat Malaysia membaca 24 judul setahun.

Perlu diakui bahawa harga buku kadang-kala tinggi disebabkan oleh kos meningkat, harga kertas cetak meningkat tetapi pada harga RM15 hingga RM35 senaskhah adalah berbaloi.

Bagi meneruskan usaha tersebut, agensi berkenaan memperkenalkan projek Buku Pena Malaysia Madani dengan jumlah dana RM2.5 juta dibiayai oleh Kementerian Kewangan.

Dana tersebut digunakan untuk menerbitkan karya asli dalam bahasa Melayu dengan sasaran awal penerbitannya sebanyak 100 judul karya asli dalam bahasa Melayu.

Lebih 500 manuskrip dalam pelbagai genre telah diterima setelah Persatuan Penulis Nasional PENA mengadakan Bengkel Perolehan Manuskrip di lapan lokasi iaitu Zon Tengah (Kuala Lumpur), Zon Utara (Pulau Pinang), Zon Selatan ( Muar, Johor), Zon Sarawak (Kuching), Zon Sabah ( Kota Kinabalu), Zon Pantai Timur ( Kelantan), Zon Terengganu (Kuala Terengganu).

Projek Penerbitan Buku Persatuan Penulis Nasional (PENA) Malaysia Madani kini berjaya melepasi sasaran penerbitan awal sebanyak 100 judul dengan menerbitkan 123 judul naskhah karya asli dengan setiap judul dicetak sebanyak 1000 naskhah.

PENA bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dengan memberi sumbangan 400 naskhah bagi setiap judul melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) untuk diedarkan ke sekolah-sekolah.

Selain itu, sebanyak 300 naskhah bagi setiap judul disumbangkan kepada PNM diedarkan ke perpustakaan desa dan perpustakaan di bawah kelolaan PNM.

Penyerahan kepada PNM dan Kementerian Pendidikan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa berikut:

 Dalam Fasa Pertama sebanyak 31 judul telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dan PNM.
 Dalam Fasa Kedua pula sebanyak 17 judul telah diserahkan kepada PNM dan KPM
 Dalam Fasa Ketiga, sebanyak 14 Judul telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan
 Dalam Fasa Keempat pula sebanyak 14 judul telah diserahkan kepada KPM dan PNM dan seterusnya dalam Fasa kelima masih dalam proses penerbitan dan penyerahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwakili oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan,Muhammad Kamil Abdul Munim, melancarkan projek buku berkenaan pada Malam

Kemuncak Penulis Malaysia di Sidang Kemuncak Penulis Penulis Malaysia di Bangi, baru-baru ini

Menurut Pengarah, Projek Buku Pena Malaysia Madani Mohd. Khair Ngadiron, idea asal mengenai program buku tersebut bertitik tolak daripada rasa ingin melihat bidang sastera terus diperkasakan.

“Saya melihat ada kelompangan dalam industri penerbitan buku sastera tanah air iaitu institusi tiada buku sastera dan kalau ada pun sedikit dan masa lama lebih kurang tiga lima tahun.

Sedangkan ramai penulis yang perlu rangsangan.

“ (Ekoran masalah ini) kami di PENA mencadangkan inisiatif bagi membantu penulis memperoleh ganjaran titik peluh mereka daripada karya yang dihasilkan.

“Cadangan kami (pada 2024) adalah projek menerbitkan buku berbahasa Melayu dalam semua genre yang akan diterbitkan dalam tempoh enam bulan,
“Selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan, kami diberi dana RM2.5 juta dan sebagai langkah permulaan penganjuran bengkel di beberapa lokasi serata negara dimulakan,” katanya.

Mohd. Khair berkata, projek tersebut dicetuskan bagi mengisi kelompangan untuk penulis serius yang veteran terus berkarya.

Beliau berkata, menerusi bengke itu , penganjur menerima banyak manuskrip daripada peserta, malah selepas bengkel berakhir minat penulis terus bercambah untuk berkarya.

Ini mungkin kerana pendekatan penganjur yang menjanjikan akan memberi penulis royalti secara penuh dan sekali bayar terus kepada mereka sebaik sahaja karya mereka diterbitkan, tanpa perlu menunggu berapa naskhah terjual.

“Royalti sebahagian kos dan apabila buku siap dan dapat royalti dan ini cara kita akan bantu mereka yang terlibat seperti pelukis grafik muka depan, penyunting, pereka letak dan pembaca pruf ini semua dapat manfaat,” ujarnya.

Pihaknya juga berharap hasil daripada penghasilan buku Madani itu akan menyertai pelbagai sayembara peringkat negeri dan kebangsaan untuk dinilai, sekali gus menyuburkan perkembangan sastera dan memantapkan kualitinya.

Dalam pada itu Muhammad Kamil berkata, inisiatif buku Madani itu baik dalam membantu industri perbukuan dan sastera tanah air, sejajar pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2025 yang memperuntukkan RM 50 juta..

Dengan adanya projek buku tersebut, bidang sastera dapat diangkat ke persada yang lebih tinggi dan membantu kelangsungan penulis

Projek Penerbitan Buku PENA Malaysia Madani kini berjaya melepasi sasaran penerbitan awal sebanyak 100 judul dengan menerbitkan 123 judul naskah karya asli. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×